Assalamualaikum
Mimpi malam tadi (ke pagi tadi lepas Subuh?) adalah bercampur-aduk dan membuat saya rasa apa nih? apa nih?. Mimpi pencarian coklat idaman hati, sebab sebelum tu berasa sakit hati disuruh lawan main basketball menggunakan bola berbentuk biji karom. Aik? Sudahlah belum mandi sebelum riadah terus je cari coklat. Semua orang bertanya dah mandi ke belum. Aik? Tiba-tiba je masa dah sampai untuk terbang balik ke Kuala Lumpur. Oh ya, waktu tu kami di Labuan. Aik? Zatul dah terbang dulu dengan flight sebelum ni membawa bersama boarding pass saya. Aik? Maka terkontang-kantinglah di situ menerangkan kat kakak stewardess bahawa saya memang salah seorang penumpang flight. Dan waktu terkontang-kanting tersebut terdengarlah bunyi alarm handset. Lol.
Sekarang nak pergi mandi dan menikmati sarapan. Nanti pukul dua akan menyeksa diri sekali lagi pergi mendriving.
Oh.
Assalamualaikum
Bangun Pagi
- Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment