Di Hujung Cuti

Di Hujung Cuti

Assalamualaikum

Sebab Ardini tengah tidur, mari update blog.

Mesti semua terkejut Ardini tidur lagi. Waktu bangun pagi beliau adalah jam 7 lazimnya. Tapi saya telah menipu beliau untuk pergi tidur balik. Iaitu dengan bermain permainan pura-pura tidur sambil menepuk. Tak sangka berjaya. Sejurus lepas bertepuk-tepuk beliau tergolek meniarap sambil berkata "Gatal~" yang mana bermaksud menyuruh orang menggaru manja belakang badan beliau. Dan tiba-tiba tidur sampai sekarang. Sudah 2 jam lah. Nanti tengahari dia tak mahu tidur nanti.

Malam tadi saya terjaga secara terkejut. Iaitu diri sendiri menarik diri sendiri keluar dari mimpi. Kamu boleh? Mengurge diri sendiri untuk bangun sebab tak mahu meneruskan mimpi ngeri. Oh saya sangat pandai tahu. Tapi lepas tu tak boleh tidur balik. Was considering untuk turun tidur atas toto dengan Kak Awin tapi mana mungkinlah kan. Maka saya mengguling sambil berfikir "Tak apa. Lagi 2 jam papa dan mama bangun." Tapi lepas tu tak perasan bilakah tertidur semula sampai tak terdengar azan Subuh.

Dalam mimpi waktu itu, saya bermimpi sedang berbincang dengan Moshitta tentang menyewa rumah di mana. Beliau dah dapat kerja area.. er.. Hulu Langat (kot?) dan kami dah jumpa rumah sewa berdekatan situ yang walaupun kecil tapi agak selesa. Beliau boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki SuperMoshi yang dalam mimpi tersebut telah berkaler kuning dan biru. Tapi masalahnya saya telah mendapat kerja menjadi guru(?) di sebuah kolej(?) di Nilai(?). Dan kami dah nak kahwin. Maka tak tahu nak buat macam mana. Jadi Kak Awin tolong menilai adakah job guru to worth it untuk saya dari pelbagai segi. Tengah berbincang soal gaji, tiba-tiba Kak Awin berkata, "Kak Ni, Kak Ni. Adini tanya 'imo mana?' Gi tidur ngan dia dalam bilik mama sana."

Sekali lagi ditarik keluar dari mimpi. Tapi terasa mimpi yang ini sangat dalam. Macam sangat berat untuk ditarik keluar. Aik? Bangun tidur je lah. Tak payah cerita dengan over.

Cuti akan habis dalam masa 2 hari lagi. Banyak benda lagi untuk disettlekan. Semacam hendak pengsan pun ada.

Welcome new semester.

Assalamualaikum

0 comments: