Assalamualaikum
Ada dua kot posts yang tergantung. Tak berapa ada mood nak siap kan. Lagipun cerita semacam sudah basi.
Test JPJ saya sudah selesai. Tahniah kepada diri sendiri kerana lulus. Walaupun bukan dengan flying colours, tapi syukur amat. Alhamdulillah. Kerana saya memang bukan seorang pemandu cemerlang. Kereta? Gilakah baru dapat lesen tak sampai seminggu dah mintak beli kereta? Bak kata Kiki, nanti cuma berani bawak pegi Ekonomi. Er Ekonomi adalah nama kedai runcit tidak jauh dari rumah. Tapi hairan sungguh Encik Bapa tidak segera menelefon bertanyakan keputusan saya. Terlalu yakin boleh lulus kah? Ya pagi itu saya nervous. Kata Kak Awin jangan nervous sangat, nanti tak boleh buat dengan baik. Tapi saya memang sentiasa nervous lah. Saya kata pada diri sendiri ini bukan exam Fizik. Hahah. Ok. Sila tukar cerita basi tersebut. Dah tiga hari berlalu. Sila tukar cerita lain.
Emak dan Kak Awin telah terjebak cerita Boys Over Flowers. Emak yang sebelum ini tidur jam 9.30 sekarang tidur jam 10.10 pada hari Isnin dan Selasa sebab menonton BOF di KBSW. Hahah. Dan saya tahu it's been long since I last listened to a ballad, tapi lagu tersebut sangat indah dan sangat sedih. Macam sangat-sangat sedih. Er lagu OST BOF lah. Bertajuk Algo Innayo? (Do You Know?) from Someday.
Anyways, hari ini telah shopping barang lagi bersama Encik Bapa. Lalu membelikan Ardini sehelai baju gaun berwarna kuning ang ang. Entah kenapa katanya ang ang. Kak Awin la keluarkan vocabulary bukan-bukan.
Oh ya. Semalam main boling kalah teruk. Entah apa tah si lembik yang baling bola semua terkedek-kedek sampai ke pin.
Sekian.
Assalamualaikum
Algo Innayo
- Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
farini..kamu di batu pahat ke..atau tidak..adek aku nk tanye dekat kau la..ainimusa
Post a Comment