Dan Saya Seorang Bakal Engineer

Assalamualaikum

Pagi tadi ditinggal terkontang-kanting seorang diri lagi. Mulanya Acai kata nak belajar driving pukul 11.30 pagi. Tapi lepas tu tukar jam 2.00 petang. Dan saya bergolek kelaparan. Nak masak mi segera ke drumet tapi tak pandai nyalakan lighter. Apakah pesen engineer tak pandai nyalakan lighter?

Tersebutlah kisah waktu saya praktikal dulu2, saya disuruh fire soldering. Nyalakan api guna lighter. Tiba2 api tersebut menyambar jari ibu saya. Semua orang di situ jadi horror. Er tapi jangan risau. Jari saya tak ada apa. Mungkin sebab api tersebut baru menyala, belum betul-betul panas lagi.

Kemudian pergi belajar driving. Acai ajar saya route A. Yang lebih mudah. Kenapakah 2 hari sebelum test jpj baru saya diajar route tersebut.

Sila doakan :
1. Saya dapat buat route A ketika test jpj.
2. Jalan raya tersebut kosong kerana semua orang pergi kerja pada hari Isnin.
3. Saya berjaya buat U-turn dan bukit dengan jayanya.
4. Pegawai jpj saya bukan seorang yang cerewet dan banyak membebel.
5. Saya pass test jpj.

Serius sangat penat belajar memandu. Tak pernah terpikir pun nak memandu sebenarnya. Sangat tak sabar nak dapat lesen supaya boleh tulis dalam resume. Lepas tu kalau tak nak memandu lagi pun tak apa. Apakah punya pesen engineer tak nak driving?

Saya harap menjadi seorang yang lebih banyak baik.

Assalamualaikum

0 comments: