Regarding Kiki's Post

Regarding Kiki's Post

Assalamualaikum

Here I am blogging again. Ardini tengah tergolek menyusu sambil menonton astro ceria. Hari ni Ardini terhantuk di kepala paip. Kelopak mata beliau dah bengkak. I was more worried that she hurt her inner eye, so every few minutes I close her other eyes and ask her to tell if she could see. Saya tarik nafas dalam-dalam dan bersedia menerima kemarahan Mama sebelum telefon untuk bagitahu. Mama just said "bende kecik je." Ouch. Guess all 8 of us occasionally hit our head on something too when we were kids.

I already checked-in my flight. Tapi masih belum basuh telekung dan kasut. Masih belum buat kek. Wuwu.

Reading Kiki's baru saya teringat ada makcik mengangkat jari tengah kepada saya, Kiki dan Kak Awin. Er kerana cuma saya seorang yang nampak, biarlah saya clearkan satu hal. Saya tak sure sama ada wanita tersebut benar-benar makcik, tapi apa yang saya dapat katakan ialah dia seperti makcik di pandangan mata saya. Atau paling tidak pun beliau kelihatan lebih tua dari kami semua. Maka berkelakuan sedemikian ada semacam.. er.. saya tergelaklah waktu itu yang pastinya. Haha. Gila kelakar melihat seorang yang lebih tua dari anda menunjuk jari tengah kepada anda. Bukankah orang lebih tua sepatutnya berkelakuan lebih sopan? Er mungkin dia sama muda seperti kami, cuma kelihatan saja tua. Tapi pun dengan kehadiran seorang makcik yang benar-benar makcik di sebelahnya, bukankah at least perlu bersopan-santun dan tak boleh berlaku sedemikian? Apakah? Gilalah saya gelak waktu tu. Tak ada rasa terbakar langsung. Rasa kelakar ja.

Saya memang marah dan pelik dengan orang yang sama dengan Kiki, tapi pun saya lebih marah dengan diri sendiri. Kerana saya tak dapat berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Saya tak dapat menegur kerana I was afraid I couldn't find a better comeback, or couldn't yell louder, or sound smarter. Jadi saya sedih dengan diri sendiri. Kan dah kata, selain benda yang diajar dalam kelas, benda lain semua saya tak berapa tahu.

Sekian.

Assalamualaikum

0 comments: