Sakit Gigi

Assalamualaikum

Saya sedang sakit gigi. Kerana sakit gigi, malas memblog panjang berjela-jela. Sepatutnya memblog pada malam tadi tapi sangat sakit lalu tergolek lah berchatting bersama Moshitta sahaja.

Sakit gigi sejak hari Jumaat. Sebaik pulang dari berjumpa Cik Saida. Malam tersebut ke Alamanda dan melepak bersama keluarga sehingga tengah malam. Sakit berlarutan hingga hari Sabtu. Merungut kesakitan tapi masih membawa diri ke Mid Valley dan membelikan Kiki jersi Arsenal di Nike sebab sudah janji. Bila sampai hari Ahad pipi telah bengkak sebelah. Tak bengkak pun sudah bulat. Bila bengkak semacam sebiji kentang yang lopsidedlah. Tak simetri langsung. Tapi disebabkan Chika dah beria-ia menjemput ke majlis kahwin (padahal sendiri yang beria-ia meminta kad kahwin tersebut. Hahaha), maka mengusunglah muka yang senget sebelah tersebut ke kenduri kahwin orang. Nasib baik lah tak ada siapa yang kenal. Datang melihat Chika. Literally. Lihat saja waktu beliau berarak hendak makan beradab. Kemudian drop hadiah, makan dan pulang. Sorry tak dapat lama. I tak laratlah Chika sebab sedang sakit. Anyways, gratz. Baju u serius lawa. Ini serius. Mesti bantu dia. Ok. Dah masuk cerita wonderpets.

Selepas majlis kahwin, pulang ke rumah cantik Ardini lalu bermain-main dengan anak saudara sampai hendak terpecah-belah kepenatan, lalu solat Asar dan pergi melawat er.. keluarga kenalan. Aik? Tak ada comment panjang berjela okeh. By the time malam orang menegur mata saya bengkak sebelah. Ok. Sekarang betul2 separuh muka sebelah kiri telah bengkak. Telah minum air suam dengan sangat banyak sebab tak boleh minum air sejuk. Tapi tengahari tadi bantai juga teh ais dan sirap limau berturut-turut. Woh sangat letih sebenarnya.

Sekarang sedang tergolek di atas tilam di rumah. Mama biar saya berehat di rumah. Malam tadi dah puas digelakkan muka yang senget sebelah tersebut. Jadi hari ini saya seharian di hadapan lappy. Menonton Boys Over Flower. Dan tiba-tiba berasa i am sooooo over boys in white. Haha. lelaki berbaju hitam nampak lebih kacak. Hitam yang betul2 hitamlah. Hitam faded sudah tak berapa kacak.

Sekian. Hendak pergi menonton tv bersama ibunda.

Er entah sejak bila saya rasa keluar dengan family adalah lebih cool gitu. Apa musim dating dengan pakwe berdua. Keluar beramai-ramai mengusung adik beradik sama adalah lebih macho.

Tolong doakan muka saya cepat pulih seperti sediakala.

Till then. Assalamualaikum

0 comments: