In 10 Minutes

Assalamualaikum

Mata dah sangat letih sebab terbukak dari jam 7 plus pagi tadi. Tapi mari memblog dalam masa sepuluh minit dulu. Maka perlulah dalam point yang pendek2 bukan?

- Kiki tanya saya soalan mencekik. "Ko tanak tuka layout blog ke?" Hahah. Semenjak beliau carikan saya layout ni setahun setengah yang lalu, sampai sekarang tak pernah tukar lah. Farini sangat malas gali layout tahu?

- Cikgu Thermodynamics saya memberi pengajaran berguna yang kejam hari ini. Iaitu Work = Force x Displacement. Jadi tak kira macam mana kamu penat menolak sebijik dinding selama dua hari, kamu tak buat work langsung sebab displacement is zero. I applied it to real life. No matter how much effort you put in something, as long as you don't make any progress, you still are not considered working. Because displacement is zero. Bukan kah sedikit kejam?

- Saya sudah download 2 lagu dari 2nd OST BOF. Secara legal. Akhir-akhir ni sangat mementingkan legal atau tak legal sesuatu itu. Nanti bila ada lagi 5000 won saya akan download sepuluh yang lain pula. Itu pun kalau saya nak dengar lah.

- Macam sudah lupa apa yang patut dikatakan sebelum tulis blog tadi. Oh ya. Akhir2 ini College of Science and Engineering macam telah ada mapley di sana sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan lah. Nasib tak ada roti canai dengan teh tarik jek. Lebih2 lagi tadi. Sebab Korea masuk final WBC kot. WBC tu ape? World Baseball Classic. Lawan US kot tadi. Tak tau sape menang. Tapi there was a huuuugeee crowd at all the displays there are at campus. Dan hey, LG Display kat College of Engineering punya building itu besar tahu? Mapley pun pakai projector jek.

- One minute more. Mari pergi tidur. Dan siapkan semua report esok. Kerana esok free.

- Oh ya. Saya tak ikut ke Hyundai punya field trip. Sebab malas mengorbankan hari free saya.

Sekian. Tak cukup masa nak buat alignment atau tajuk.

Haha

Assalamualaikum

0 comments: