Entry Berciri Berat

Entry Berciri Berat

Assalamualaikum

Saya baru lepas masak. Setelah sekian lama tak masak ikan, bila masak rasa pelik. Ek? Masak ikan masak lemak. Er tapi macam biasa. Masak secara kosong-kosong. Saya tak pandai berempah bagai.

Ada lagi 3 soalan Engineering Materials belum siap. Kan dah kata saya suka subjek ini. Saya suka subjek ini macam saya suka subjek C++ waktu sem satu dan subjek Chemistry pada sem dua. Maka bila saya buat kerja rumah hari ini, saya sangat rajin melukis bentuk kiub lalu mengkaler planes dan direction dengan menggunakan pensel kaler. Haha.

Malam tadi Kak Awin tunjuk saya barang makanan mama beli untuk saya. Ok hyper banyak. Semua budak sekolah rendah boleh berasa jeles tengok jajan yang sekian punya banyak. Macam nak buat jamuan akhir tahun tadika pun ada. Berasa gembira tengok makanan. Haha. Kami juga bermain webcam secara satu keluarga. Saya tengok emak, emak tengok adini, adini tengok saya. Kan sangat gembira. Teknologi yang merapatkan hubungan kekeluargaan.

Tapi bila cerita tentang environmental problems, macam sangat banyak jari dituding kepada teknologi dan things related. Orang ramai tuding jari pada sains dan teknologi yang mencipta mesin yang membawa keburukan. Pernah keluar satu soalan dalam subjek Thoughts and Expression saya, bertanyakan adakah teknologi itu baik atau tidak. Dan saya selaku bakal engineer sendiri selalu tertanya-tanya, dalam keghairahan mencipta mesin-mesin berteknologi tinggi, adakah nanti saya sendiri bakal menyumbang kepada kemusnahan alam. Ok tajuk berat. Tapi mari saya beri pandangan saya.

Saya pernah berfikir saya mahu kerja dengan syarikat yang menyumbang kepada orang ramai. Bukan syarikat yang mengkayakan CEO. Saya mahu membuat mesin yang memudahkan hidup orang ramai. Kenapa perlu kemudahan hidup? Pada asalnya adalah supaya bila mudah, kita ada lebih masa untuk beribadat pada Allah. Bukan kah? Tapi semakin mudah hidup dan semakin banyak masa, semakin itu manusia mencari hiburan. Mengisi masa lapang. Er ok. Sendiri terasa. Astaghfirullah. Ok cepat-cepat habiskan blog dan pergi buat homework. Selain itu, selepas bergelar student Abeek, saya realized that the engineers are trained to design something untuk mengkayakan syarikat. That's why kami diajar supaya creative untuk mendesign things that could sell. Something that everybody would want to buy. Design mesti menepati citarasa pengguna. Because in the end, it's the sales and profits that matter. NOT the distributing of technology or helping others simplify their lives. Ehem.

Berbalik kepada apakah pendapat saya tentang teknologi. Saya rasa, teknologi, seperti juga kebanyakan benda lain di dunia ini, adalah baik jika digunakan dengan sederhana. Macam makan daging itu perlu untuk sumber protein, makan terlalu banyak adalah tak sihat. Begitu juga teknologi. Perlu untuk kehidupan seharian. Tapi aplikasi berlebihan di tempat yang kurang perlu boleh memudaratkan. Admit it. Sometimes in doing certain chores, we don't really need to use any machine. Contohnya vacuum cleaner. If it's not carpeted, kita boleh sapu jek kan? But the thing is kita rasa perlu guna benda tu. It has already became part of our lives. We prefer to save our own energy than saving the nature's energy.

Er ok. Post dari budak engineer yang berciri berat. Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum

0 comments: