Semalam yang Pelik

Semalam yang Pelik

Assalamualaikum

Semalam bukan macam hari-hari biasa. Sebab satu. Sejuk sangat-sangat. Sebab dua. Saya tidak merungut balik sekolah walau penat dan lapar (Ek?). Sebab tiga. Saya rasa lecture Mechanism sangat fun sampai tak ada miss satu point pun. Siap suruh lecturer ulang sebab tak faham. Sebab empat. Saya tidur jam 2.30 pagi. Woh.

Dua hari lepas waktu memasak, saya bertekad hendak belajar bersungguh-sungguh. Supaya boleh menjadi isteri yang tahu menjaga harta suami. Aik? Er maksudnya kalau suami belikan peti sejuk, saya tahu menjaga peti sejuk tersebut agar dapat memaksimakan lifespannya dan tak ada meminta-minta 2-doors fridge baru siap lcd dan tempat keluar ais bila peti sejuk yang lama sudah rosak. Hahah.

Sebelum ini saya sangka attorney semua sangat bosan. Bukankah? Tapi dalam lecture Advanced Machine Design 3 hari lepas, the school invited a patent attorney untuk give us an understanding about patent. More to skills on how to not have to pay royalties for patent. Beliau bagi kami tips macam mana hendak meletakkan kelainan dalam design supaya kami tidak dikatakan menggunakan patent orang lain. Er juga bagaimana meletakkan statement dalam patent application kami supaya kami boleh menjerat orang lain untuk bayar royalti pada kami. Haha. Bukankah sangat fun? Kali pertama saya tak ada mengantuk langsung waktu dengar lecture Advanced Machine Design. Dan macam sangat concentrate gila.

Saya sedang mendengar ceramah Pengurusan Cinta lah ketika ini. Er ehem. Secara tidak langsung terus berasa.. er ehem. Sudahlah Farini. Pergi minum susu dan pergi sekolah sana.

Assalamualaikum

0 comments: