Sudah Dua Minggu

Sudah Dua Minggu

Assalamualaikum

Sudah 2 minggu. Sudah 2 minggu saya kembali ke Korea. Sudah 2 minggu semester baru bermula. Sudah 2 minggu menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah yang berkarier(?) . Er bukanlah. Praktis baru. Belum betul-betul jadi. Dalam 2 minggu tak pernah sekali pun makan luar. Tapi supper di La Bri dh dua kali. Hahah.

Kelas Isnin back-to-back dari jam 2 hingga jam 8 malam. Saya makan dulu sebelum ke kelas. Tapi selalunya jam 4 dah lapar balik. Siap perut bunyi kruk kruk. Macam kosong sangat je. Hari Selasa kelas jam 9 pagi hingga 11.45. Pulang ke rumah dan masak. Makan tengahari, solat dan keluar semula untuk kelas jam 2. Jam 7 ada group discussion hingga 8 malam. Rabu sangat free wee wee. Kelas cuma dari jam 2 hingga 4.45. Khamis sama jadual dengan Selasa. Cuma group discussion mula jam 6 hingga 7.30. Jumaat ada Mechanical Lab jam 12 hingga 3.15 petang.

Sedang haus. Tapi sedang tunggu air masak. Woh dah dehydrated. Dari pagi tak minum apa.

Assalamualaikum

0 comments: