Abeek Non-Extended

Abeek Non-Extended

Assalamualaikum

Sebenarnya pagi tadi nak memblog sebelum keluar, tapi sebab human interface bernama mouse tersebut sudah rosak sejak semalam, maka terpaksa batalkan niat. Dan hari ini telah bermouse baru lah. Hei hei.

Bil gas mahal sungguh bulan ini. Er itu pun nak bagitahu kah?

Jangan tanya tentang homework saya yang menimbun. Tapi dengan bangganya telah siap 2 report Thermo sebelum jam 10 pagi ini. Maka hari ini mesti siapkan report Mechanical Lab. Tapi apasal tah report Mechanical Lab gila susah. Nak manage data pun makan berjam-jam.

Hari ini 1 April. Wah sudah April. Suku pertama semester dah berlalu. Masuk suku kedua yang penuh dengan homeworks sebab semua cikgu nak bagi homeworks as preparation before mid-term di hujung April ini. Oh ya. Saya tak tahu bagaimana dengan sekolah lain. Tapi sekolah saya ada satu budaya lah menjelang 1 April. Oh no. Bukan April Fool. Tak ada ciri budak sekolah saya main permainan tersebut. Menjelang 1 April, budak sekolah saya akan ke sekolah memakai baju sekolah masing-masing. Ek ehem. Maksud saya, mereka ke kelas dengan memakai uniform sekolah lama mereka. Bukan kah sangat cool. Saya terlupa pula bawak uniform sekolah saya. Teringin rasa memakai baju kurung putih, berkain biru muda dan berkasut putih berkapur yang terang benderang gila.

Malam tadi telah menonton episod akhir BOF. Menangis, menjerit tak keluar suara dan berguling syok sendiri di hadapan komputer. Oh tapi itu tetap cuma cerita lah bukan? Manakah mungkin ada seorang Yun Jihoo yang tetap rela menjaga seorang Keum Jandi walaupun Keum Jandi tersebut telah ternyata milik Gu Junpyo. Kerana situasi tersebut di mana seorang perempuan boleh mendapat dua lelaki adalah unfair, maka dapat difahamilah bahawa itu cerita semata-mata. Dan bagaimana keluarga menggelar saya "Kak Ni di Alam Fantasi" sekali pun, saya masih berpijak di bumi nyata lah. Bukan kah cikgu Integrated Design pun selalu suruh kita berpijak di bumi nyata. Tambahan saya percaya bahawa di dunia realiti ini seorang perempuan tidak memerlukan dua orang lelaki untuk menjaga dia seorang lah. Bila lelaki itu ialah pasangan yang Allah ciptakan untuk seorang perempuan itu, perempuan itu akan rasa cukup lelaki itu seorang saja.
Bercerita tentang berpijak di bumi nyata, saya memang jarang-jarang membina cita-cita setinggi langit lah. In fact, saya tak pernah rasa saya betul-betul ada cita-cita yang saya aim dari dulu sampai sekarang. Unlike Dina yang since kecik dah nak jadi doktor. Saya lebih mengikut flow dan menerima rezeki di depan mata. Orang kata cita-cita itu perlu untuk berjaya. Tapi serasa saya janganlah sampai kita tak sedar apa yang angan apa yang nyata.

Er ok. Pergi siapkan report.

Assalamualaikum

0 comments: