1 More Paper

1 More Paper

Assalamualaikum

Er ehem ok. PC kesayangan masih belum ok. Disebabkan esok ada paper Mechanism dan Digital Mock-up Presentation saya belum ada masa nak betulkan. Cucuk harddisk baru, format itu makan masa tahu. Tambahan pula T.A kesayangan kami semua asyik la meminta-minta design note macam semester akan berakhir minggu depan. Bukan kah baru hantar design note minggu lepas? Tengok Integrated Design. Takde perasaan pun. Sekali hantar pastu tak pernah mintak apa lagi.

Ok ok. Er bukan nak merungut. Cuma nak bagitau workload sangat banyak dan non-stop. Maka tak berapa tahu mana nak cari ruang. Eh. Ni ada ruang tulis blog? Er ehem shhh.

Semalam waktu paper Thermodynamics berlaku kekalutan sampai jantung jatuh berterabur atas lantai dan tak sempat-sempat nak kutip balik. Dalam 30 minutes before time up saya baru perasan salah buat question and ada terskip satu question. Padam jawapan sampai kertas koyak. Sangat tak pernah begitu kalut tahu. Dan saya tahu saya dah salah satu soalan. Er ehem tapi tak ada marah diri sendiri. Saya jaranglah marah diri sendiri kalau buat salah. Especially things macam carelessness dan benda yang saya memang tak ada study dan tak tahu. Farini is always careless lah. Saya jarang dapat 100 markah tahu? Mesti ada careless di mana-mana. Maka tak pernah marah diri sendiri lagi. Benda yang tak study dan tak tahu memang tak boleh buat apa lah bukan. Jadi buat apa marah.

Mari study Mechanism.

Assalamualaikum

Invaded

Invaded

Assalamualaikum

I am currently at College of Science building. Using the computers. Er I have to tell you that my PC is being invaded by the virus big time, I need a Kaspersky-using computer to help me heal it. What about an option of formatting it, you might ask. I said a big NO. That is practically the last thing I'd do when nothing else work considering I have tons of softwares in there that I don't have the installer anymore, say GMWin and OriginPro8 and Microsoft Visual C++ Extended Version Original.

It was raining yesterday but somehow I felt like the sun was peeking amidst the clouds.

I see you when my PC is ok. Oh and I'm considering a netbook now. Heavily.

Assalamualaikum

22 of April

22 of April

Assalamualaikum

It was three years ago, wasn't it? I don't quite remember. Dah tiga tahun Allahyarham Atuk tinggalkan kami.

To be honest, I dealt very little with death throughout my 23 years of life. Probably even less than 20 years old Kiki did. Because I wasn't there masa Allahyarham Atuk pergi. I was entangled with my own problems at that moment, that when Abg Ail buzzed me on YM telling me the news I didn't quite know what to do. In fact I didn't quite know how to feel. Mungkin sebab saya tak begitu rapat dengan Allahyarham Atuk. But I remembered till this very day his last advice to me sebelum saya ke Korea. Allahyarham Atuk kata pada saya jangan tinggal solat.

10 years earlier Allahyarhamah Tok Endon pergi. Saya ingat waktu itu masih awal pagi. Saya sedang bersiap nak ke sekolah. Telefon berdering. Saya dapat rasa pelik, heard the urgent voice of everyone else. And then I got to know the news. Waktu itu saya juga masih tak tahu nak kata apa. Air mata mengalir. Sikit. I remembered Allahyarhamah Tok Endon sebab kami selalu ke Kampung Istana pada hari Jumaat waktu orang solat Jumaat. Saya dengan berbaju sekolah agama. Allahyarhamah Tok Endon akan tanya saya dah makan atau belum. Dan akan sediakan makanan untuk saya. Dengan air oren sejuk.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Atuk dan Allahyarhamah Tok Endon.

Assalamualaikum

Bukan Jejudo

Bukan Jejudo

Assalamualaikum


Remember gambar yang saya dan Moshitta dengan sakura beberapa entry lepas. Sekarang rimbunan pokok kering di sekeliling kami waktu itu telah bertukar jadi gambar di atas. Saya rasa combination pink dan hijau muda adalah sangat cantik. Sangat harap ada DSLR untuk snap gambar kombinasi warna tersebut.

Saya keluar dari kedua-dua kelas selepas exam dengan perasaan yang entah-tak-tahu-nak-kata-apa. Yang pasti saya dah jawab yang terbaik saya boleh buat dalam kedua-dua exam. Like I always do. Rasa sebal sebab apa yang dihafal secara tungkus-lumus ada beberapa saja yang keluar.

Dalam perjalanan pulang saya kata pada diri : 시간 낭비야. (it was a waste of time)

Diri kata pada saya : 시간 낭비 아니야. 노력한 만큼 받을 거니까. Insya ALLAH. (it's not a waste of time. because you'll get as much as you've worked hard for. Insya ALLAH)

Terkedu kejap. Where did that come from? Tapi bukan kah betul. Kadangkala apa yang kita study memanglah tak keluar, tapi bila dapat result, ok je. Plus, saya kena mengaku usaha saya tak adalah sebanyak classmates lain mungkin. Baik. Mari usaha lebih untuk subjek materials. Hai buku teks materials. Lama tak jumpa :D

Assalamualaikum

..in 10 Months

..in 10 Months

Assalamualaikum

Ok Farini sangat tahu sendiri ada 2 paper hari ni. Tapi kepala macam sangat blank dan tak mahu bergerak. Macam semua benda yang dibaca sejak semalam tak ada dalam kepala.

]
Jalan Belakang Innovation Hall

Saya pergi ambil gambar keliling sekolah jumaat lepas, tapi tak ada masa nak upload banyak2. Tak ada masa adjust html lah. Moshitta kata gambar saya sangat macam gambar dari mana-mana software computer. Oh bukan sebab cantik. Lebih sebab dalam gambar tak ada orang langsung.

Semalam saya kata pada Zatul, kami cuma ada sepuluh bulan saja before graduation, does she feel sad. Zatul kata one of the things that she'll miss is definitely the superfast internet speed but other than that and another thing, she doesn't feel much about other things. But I do. Sebab kalau difikir memang cuma ada sepuluh bulan lah. SEPULUH. And then there's a possibility for you not be able to meet anyone here anymore. You'll become perfect strangers. You're not part of each other anymore. Therefore, what you want to tell to each other or even to the rest of the malaysian student community in Korea, you have to tell it in this ten months. Else you might not have such chance to do so anymore.

I have got lots to tell every single one person of my batch. I got lots to know from the other batch. I haven't even meet all the 83s' and 74s' ladies. I haven't got to know their names. There are lots of place I haven't go to. Lots of thing I haven't tried.

Hey 10 months sangat singkat lah untuk do everything. And I still got abeek up my sleeves T.T

Assalamualaikum


P/S: Therefore ehem, I'm opening this to everybody. Kan you got a lot to know about me too. Haha.

Saya dan Pensyarah

Saya dan Pensyarah

Assalamualaikum

Let say, KALAU saya benar-benar menjadi seorang pensyarah :

1) Saya akan jadi pensyarah yang strict especially soal attendance. Kerana saya tak pernah ponteng kelas. Ece~ Maka saya tak akan tolerate orang yang ponteng tapi suruh orang lain tandakan attendance. Saya akan guna sistem menetapkan tempat duduk semua pelajar supaya siapa yang tak datang boleh diketahui dengan segera. Priority tempat duduk di barisan hadapan akan diberi pada siapa yang mahukan seat tersebut.

2) Saya akan jadi pensyarah yang bertimbang-rasa. Iaitu pada setiap semester semua pelajar diberi 3 hari cuti. Mereka boleh tidak hadir bila-bila masa mereka terasa macam tak mahu hadir. Dengan syarat mereka mesti beritahu bahawa mereka tidak hadir dan mereka mahu gunakan hari cuti yang diberi. Er macam orang bekerja lah bukan. Sebab? Kerana saya tahu semua pelajar pun ada satu hari di mana mereka berasa sangat tak nak pergi sekolah. Mungkin kerana ada masalah peribadi. Mungkin kerana nak siapkan longgokan homeworks. I sometimes do feel that way. Maka saya akan hormati alasan mereka.

3) Saya akan jadi pensyarah yang menyuruh orang salin nota saya di papan hitam. Haha. Saya rasa it works more than menghalakan laser pointer ke atas numerous slides. And it helped the student from falling asleep.

Yang lain belum fikir lagi. Haha.

Saya suka major saya. Especially hari seperti hari ini di mana I was able to complete my design and solve the problems given. Walaupun tak tahu boleh diterima pakai atau tak idea tersebut, tapi I am already proud I at least was able to come up with a solution. It proved that saya tak adalah buta mechanism mana.

Kodae is a whole loooottt beautiful these days. Sakura dah gugur selepas thrashing winds a couple of days ago to make ways for a mixture of pink, red and purple flowers. Another colour that I love during spring is the light green colour of the leaves. Oh saya harap saya ada dslr T.T

Assalamualaikum

The Long-Awaited Parcel

The Long-Awaited Parcel

Assalamualaikum

Seperti yang semua tahu, saya sedang tunggu makanan dari mama. Mama sepatutnya dah pos Selasa lepas, which means paling lambat pun hari ni patut dah sampai. Jadi saya tanya Kak Awin nombor tracking parcel. Lepas check telah mendapat tahu parcel tersebut patut dah sampai Jumaat lepas. Tapi sebab alamat tak tepat maka gagal hantar. So I made several calls here and there untuk cari balik parcel tersebut. After almost half and hours the person in charge called me to tell that another guy will be sending the parcel today. Yippie. Saya sedang dalam kelas Advanced Machine Design dengan bosannya bila Zatul sms telling that parcel dah sampai. Yaaayyy~~ balik dengan sangat laju sebab tak sabar nak bukak parcel.

Parcel tersebut sampai bersama sekeping surat cinta dari National Veterinary Research and Quarantine Service. Sampul parcel telah terkoyak di sana-sini dan diseal semula dengan tape which read "This Item Had Been Opened and Resealed in Accordance with the Custom Regulations". Er tak kisah lah. Terus tergali sana-sini lalu terjumpa surat tersebut.

One item which is canned food berciri daging lembu kot dah diambil. Korea kan sedang takut dengan penyakit lembu gila. No biggie. Ambil satu ade bertimbun lagi.


Timbunan item. Mari tengok lebih terperinci.


Barang dapur

Biskut


Chocolate Gala

Sila berasa jealous sebab emak saya sangat cool sampai sanggup membelikan jajan untuk saya. Er tapi sangat peliklah bukan. Dulu-dulu waktu kecik jangan kata nak mintak sebungkus apollo roka atau sekotak hiro, nak mintak sebatang wafer pun main tolak-tolak, menimbang-tara apakah akibat kalau mintak. Sebab macam confirm tak dapat. Sekarang berbakul-bakul. Budak kecik mesti berasa gembira betul jadi orang dewasa. Boleh beli jajan dengan suka hati tak ada kena marah. Er ok. Farini harus bergerak solat dan bersedia untuk ke discussion malam ni. Eceh semangat betul selepas ada berkotak2 coklat.
Assalamualaikum :D

Kerja Belum Siap

Kerja Belum Siap

Assalamualaikum

Ok minta maaf di atas post yang semacam tak berapa berinfo semalam. Mari menulis sebiji post yang lebih panjang sekarang. Memandangkan Farini semacam sedikit malas membuat report.

Ehem, bermula hari Khamis lalu. Sae-Jun Oppa minta tengok design note saya. Katanya dia nak tengok bagaimanakah rupa design note orang perempuan. Lalu kami bertukar design note. Saling tengok-mentengok. Selepas tengok nota saya, beliau kata nota saya sangat kemas dan sedap dipandang mata. (Sejak bila Farini ada nota yang sedap dipandang mata??) On the other hand, selepas tengok nota Sae-Jun Oppa saya rasa nota saya sangat fake. Sebab nota beliau sangat nampak macam beliau scribbled and sketched waktu beliau ada idea. Nota saya nampak macam saya telah menyusun dulu idea sebelum menulis ke atas buku. Sangat fake. Er memang fake pun. Kerana dibuat malam sebelum hendak disubmit.

Semalam, saya particularly liked my outfit. Ehei, sangat susah lah bukan nak tengok Farini berasa suka dengan pakaian sendiri. Er bukanlah maksudnya saya cerewet sampai semua baju pun tak suka. Lebih kepada saya tak ada perasaan terhadap baju tersebut. Tapi semalam sangat suka sebab pakai baju baru yang sangat comel dengan seluar slack hitam dan blazer hitam JPA. Blazer itu adalah kali kedua dipakai kot since we flew here for the first time. Lepas tu macam tak pernah pakai lagi. Tidak dalam ingatan saya. Dalam kocek kiri baju tersebut, ada boarding pass bertarikh 3 September. Rasa macam nak menangis as all the memories came rushing back.

Semalam juga macam sarat dan melimpah-ruah dengan kasih sayang sebab ke Dongyang. Don't take me wrong. Kodae pun ada kasih sayang yang cukuplah dari Moshitta dan Zatul. Tapi bila ke Dongyang, kasih sayang bertambah sangat banyak sampai tak cukup ruang nak taruk. Sampai tumpah-tumpah. Haha. Dayu kasi saya bunga yang beliau petik entah dari mana. Lion masakkan mi yang sedap. Had fun with Qila and Reen. Junior 83 jumpa saya lalu berkata, "Eeh, akak ni tak warna pink hari ni."(!) Padahal bilakah zamannya saya selalu berkaler pink entah.

Balik ke Kodae tersengguk-sengguk tidur dalam bas dalam perjalanan ke Gongdok Station. Gila kesian. Maklumla tidur cuma dua jam lebih malam sebelumnya.

Sekarang belum siap report. Belum siap design note. Semua kerja belum siap.

Assalamualaikum

Minggu Warisan Kesenian

Minggu Warisan Kesenian

Assalamualaikum

Saya pulang dengan kekalahan. Confirm lah kan. Tapi tak ada rasa sedih atau kecewa sebab saya sangat rapat dengan batch 67. In fact saya rasa syukur mereka menang, sebab saya tak mahu kena bertemu batch 85 :D

Semua maklum kan semalam saya tak berapa makan. Hari ini pun begitu juga. Makan malam cuma menjamah beberapa suap megi goreng yg Lion masak serta 2 keping biskut tiger bergula. Saya lapar. That is fact.

All in all, it is a great day kot. Tapi saya penat. Dan esok ada bertimpa-timpa kerja. Maka saya jumpa kamu esok saja.

Assalamualaikum

Sakura

Sakura

Assalamualaikum

Farini sedang membuang sangat banyak masa. Semua benda pun berasa malas nak buat. Aftermaths of the hectic week.

Hari ini penat gila. Serius, tak tipu. 3 kali ulang alik dari College of Engineering ke main campus. Tapak kaki rasa kebas. Tapi sangat puas hati dengan pemandangan cantik sakura. Bukit belakang science lab sangat mengambil nafas (breath-taking)

Ini ialah pemandangan di belakang bangunan Innovation Hall dari tingkat tiga. Saya sedang tunggu bilik darjah dibuka untuk sesi discussion Integrated Design. Serius lawa.

Ini ialah saya dan Moshitta di bukit belakang science lab.

Saya telah terjebak dalam dunia bahas sekali lagi. Sebab kesian ketua batch sanggup bersusah-payah naik ke Seoul dari Ulsan. Kalau tak memang jangan mimpi saya nak menjejak kaki ke atas pentas lagi. Apatah lagi untuk berucap. Ambil hadiah saya nak. Haha. Tapi malam ini bakal tak tidur mengatur strategi dan hujah.


Orang kata kadang-kala orang yang melukakan itu lebih terluka dari orang yang dilukakan. Saya kadang-kala rasa kata-kata itu ada betulnya. At times the person who hurt takes a longer time recovering than the one who got hurt. Apa pendapat anda?

Assalamualaikum

Bites

Bites

Assalamualaikum

Taking a few minutes off today untuk mengupdate blog. Hari ini telah bangun awal pagi dan menyiapkan report untuk doktor gigi sebab malam tadi tak berapa bermood lalu pergi tidur selepas selesai light reading. Bangun awal hari ini lalu ke Namdaemun. Telah memborong brooch lebih 6000 won kot dari budget. Dan juga telah membeli 2 helai baju melebihi yang tak ada langsung dalam budget selepas membuat muka macam kanak-kanak tak berwang sampai dapat diskaun dari pakcik kedai. Hahah.

Telah nampak baju super cantik untuk Adini yang berharga 25000 won. Memang tahu Adini tak ada pakai baju sedemikian rupa, tapi cuma suka nak membeli buat koleksi costume beliau. Haha. Tapi belum beli. Bukankah hari ni dah berbelanja melampaui budget?

Doktor gigi tersebut serius sangat baik hati. Kerana rupanya beliau juga ialah pelajar KU. Lol. Beliau sedang belajar PhD kot.

Sudah. Pergi solat dan pergi sekolah.

Assalamualaikum

Done, Done and Done

Done, Done and Done

Assalamualaikum

Kerja equals done, done and done. Kecuali report lab. Haha. Dan saya macam dah jatuh sayang pada design notebook Integrated Design saya. Sebab dilukis secara sangat comel. Tak tau boleh pass jadi design notebook tak. Sebab tak semacam buku nota seorang budak mechanical engineering tahun 4.

Sebenarnya, nota itu dibuat di atas buku baru menggunakan pen baru. Semalam rasa malas mengguling buat kerja. Saya dah siapkan homework materials maka kena bergerak ke design notebook. Saya tengok design notebook saya yang sangat buruk kalau nak compare dengan budak lain. Rasa nak nangis tak nak buat. Stared at it for hours. Saya cakap pada Jiji saya lukis tak lawa, Jiji kata "takkan la tak lawa. ang psycho diri sendiri je tu." Saya call mama, mama tak angkat. Makin berasa terabai. Saya cakap pada Zatul saya asyik koyak notebook lama sebab lukis tak lawa, sekarang dah jadi nipis. Zatul bawak saya pergi beli buku dan pen baru. Kemudian kami jogging keliling College of Science and Engineering. Ok. Farini. Jogging. I. Ni. Serioussssss.

Balik itu saya tarik nafas panjang-panjang. Dulu cikgu Pendidikan Seni pernah kata pada kami waktu kami belajar lukis potret : Lukis kawan kamu yang kamu suka, kalau kamu tak suka nanti kamu lukis tak cantik. It goes the same kot dengan kali ini. Sebab saya tak berasa nak lukis berjenis-jenis appliance maka lukisan jadi buruk. Maka kali ini mesti suka objek yang dilukis. After struggling for a few hours, I am finally done with the drawings. It reminds me kenapakah saya berada di Department of Mechanical Engineering. Sebab pada asalnya saya suka sketching and drawing.

Pagi ini Akmar buat lawak kelakar dat I have to tell you.

Er ehem. Saya memang suka character Yun JiHoo. Dan saya juga suka sifat romantik pada beliau di luar cerita. Er remember kisah beliau 'memetik bintang' untuk pasangan dalam We Got Married? Tapi tengok JiHoo ingat saya? Er ehem. (Ditumbuk oleh fans beliau)

Ok mari masak brunch.

Assalamualaikum


Assembly

Assembly

Assalamualaikum

Akhirnya. Siap assembling. I started out reaaaalllyyy slow sebab kali pertama guna Pro-E but getting faster as time goes on.

Kadang-kadang saya rasa sangat grateful I took Abeek walaupun workload macam tak boleh diterima akal. Sebab satu, I mix a lot with other Koreans that I don't feel awkward at all speaking the language. Saya masih sangat ingat waktu saya merangkak-rangkak nak order air milo di Lotteria pada suatu zaman dahulu. Terasa macam sangat lama lah. Sebab dua, I learn like tons of things. I know a teeeeeeny bit about 3D modeling previously, but now I'm good. Takde lah pro macam some boys, but at least good.

Saya sedang dengar lagu 가슴이 어떻게 됐나 봐 (What Happened to the Heart. something along the line). And I got the answer of kenapakah walau JiHoo tak boleh memiliki JanDi he still stands beside her, protecting her. Er walaupun nampak macam tipu. Tapi masih boleh difahami kot.

정말 심장이 어떻게 됐나 봐
힘듬 사랑에 미쳐버렸나 봐
갖지도 못해 잊지도 못해
너를 하루 하루 기다리다

Seriously, what had happened to the heart
It must have gone crazy because of the difficult love
Unable to have you, unable to forget you
Everyday it's waiting for you
Assalamualaikum

Sabtu yang Tak Macam Sabtu

Sabtu yang Tak Macam Sabtu

Assalamualaikum

Secara officialnya saya mengumumkan bahawa saya sedang mengumpul duit untuk kahwin. (Debuk! Kiki tolak Adini.) Tapi secara awal-awal dulu mengumumkan majlis kahwin saya tak akan sebesar mana. Cukuplah sekadar sempurna untuk melayan tetamu. Tak mahu berlebih atau syok sendiri. Haha. Ok. Jangan buat spekulasi. Majlis bertunang atau merisik belum pun berlangsung. Saya cuma kumpul duit lah.

Hari ini hari Sabtu. Saya bangun seawal jam 7.30 pagi. Sebab kena siapkan poster untuk exhibition di Hana Square. Jam 9 keluar rumah. Poster siap jam 2.30 petang. Dengan kelaparan pergi menanti Azrina sampai. Jam 4 sampai di rumah kot. Masak sikit. Makan banyak. Kemudian jam 5 keluar ke untuk tea. Saya, Azrina, Hanim, Dayah, Ahmad Fikri Mustafa, Mat Key dan Moshitta. Sekarang sedang terkial-kial update blog sebelum bergerak membuat Pro-E.

Hari ini saya found out kenapakah orang lelaki suka perempuan yang berkarier sebagai guru. Waktu sampai pagi tadi, Ha Tae-min buka cerita tentang blind-date beliau semalam. Ehem cerita lebih dalam macam bukan hak saya je untuk bagitahu. Somehow beliau sedang merungut tentang perkara tersebut. Tiba-tiba Duri Oppa tanya is it ok if his girlfriend join us. Saya kata saya would be grateful if she does sebab somehow being the only girl with three other guys in an underground room bothers me. So the girlfriend came.

Su-yeon Onni. A primary school teacher. And unlike certain orang yang memilih karier guru sebagai jalan terakhir kerana tak ada kerja lain, saya rasa she is certainly different. She likes kids. Macam sangat jaranglah bukan seorang cikgu rasa kanak-kanak comel. Biasanya cikgu akan rasa sakit hati dengan kanak-kanak yang nakal gila. Cikgu yang rasa kanak-kanak comel adalah macam cikgu dalam tv. Er ehem. Tapi beliau memang macam betul-betul keluar dari tv lah. Sangat lembut dan sangat sopan. And the one thing yang sangat jelas pada personaliti beliau yang menyebabkan saya nampak apakah yang menarik pada seorang guru is that she is attentive. Like when we are talking about something yang macam sangat boring dan sangat macam tak payah elaborate pun tak apa, beliau still akan encourage kami untuk tell more. Like benda tu macam sangat interesting. When Duri Oppa asked about which of the 2 ideas he gave is better, unlike me yang straight away give an answer of what i think is best, she praised both ideas first. Later on she gave her matured personal opinion on the matter. I told Tae-min that Duri Oppa must be very happy having a person like Su-Yeon Onni. Their other Dongari-mate also think she does look like a true teacher.

Er ok dah jam 7. Kalau nak siapkan drawing before tomorrow kena mula sekaranglah.

Assalamualaikum

Abeek Non-Extended

Abeek Non-Extended

Assalamualaikum

Sebenarnya pagi tadi nak memblog sebelum keluar, tapi sebab human interface bernama mouse tersebut sudah rosak sejak semalam, maka terpaksa batalkan niat. Dan hari ini telah bermouse baru lah. Hei hei.

Bil gas mahal sungguh bulan ini. Er itu pun nak bagitahu kah?

Jangan tanya tentang homework saya yang menimbun. Tapi dengan bangganya telah siap 2 report Thermo sebelum jam 10 pagi ini. Maka hari ini mesti siapkan report Mechanical Lab. Tapi apasal tah report Mechanical Lab gila susah. Nak manage data pun makan berjam-jam.

Hari ini 1 April. Wah sudah April. Suku pertama semester dah berlalu. Masuk suku kedua yang penuh dengan homeworks sebab semua cikgu nak bagi homeworks as preparation before mid-term di hujung April ini. Oh ya. Saya tak tahu bagaimana dengan sekolah lain. Tapi sekolah saya ada satu budaya lah menjelang 1 April. Oh no. Bukan April Fool. Tak ada ciri budak sekolah saya main permainan tersebut. Menjelang 1 April, budak sekolah saya akan ke sekolah memakai baju sekolah masing-masing. Ek ehem. Maksud saya, mereka ke kelas dengan memakai uniform sekolah lama mereka. Bukan kah sangat cool. Saya terlupa pula bawak uniform sekolah saya. Teringin rasa memakai baju kurung putih, berkain biru muda dan berkasut putih berkapur yang terang benderang gila.

Malam tadi telah menonton episod akhir BOF. Menangis, menjerit tak keluar suara dan berguling syok sendiri di hadapan komputer. Oh tapi itu tetap cuma cerita lah bukan? Manakah mungkin ada seorang Yun Jihoo yang tetap rela menjaga seorang Keum Jandi walaupun Keum Jandi tersebut telah ternyata milik Gu Junpyo. Kerana situasi tersebut di mana seorang perempuan boleh mendapat dua lelaki adalah unfair, maka dapat difahamilah bahawa itu cerita semata-mata. Dan bagaimana keluarga menggelar saya "Kak Ni di Alam Fantasi" sekali pun, saya masih berpijak di bumi nyata lah. Bukan kah cikgu Integrated Design pun selalu suruh kita berpijak di bumi nyata. Tambahan saya percaya bahawa di dunia realiti ini seorang perempuan tidak memerlukan dua orang lelaki untuk menjaga dia seorang lah. Bila lelaki itu ialah pasangan yang Allah ciptakan untuk seorang perempuan itu, perempuan itu akan rasa cukup lelaki itu seorang saja.
Bercerita tentang berpijak di bumi nyata, saya memang jarang-jarang membina cita-cita setinggi langit lah. In fact, saya tak pernah rasa saya betul-betul ada cita-cita yang saya aim dari dulu sampai sekarang. Unlike Dina yang since kecik dah nak jadi doktor. Saya lebih mengikut flow dan menerima rezeki di depan mata. Orang kata cita-cita itu perlu untuk berjaya. Tapi serasa saya janganlah sampai kita tak sedar apa yang angan apa yang nyata.

Er ok. Pergi siapkan report.

Assalamualaikum