Kerja Belum Siap

Kerja Belum Siap

Assalamualaikum

Ok minta maaf di atas post yang semacam tak berapa berinfo semalam. Mari menulis sebiji post yang lebih panjang sekarang. Memandangkan Farini semacam sedikit malas membuat report.

Ehem, bermula hari Khamis lalu. Sae-Jun Oppa minta tengok design note saya. Katanya dia nak tengok bagaimanakah rupa design note orang perempuan. Lalu kami bertukar design note. Saling tengok-mentengok. Selepas tengok nota saya, beliau kata nota saya sangat kemas dan sedap dipandang mata. (Sejak bila Farini ada nota yang sedap dipandang mata??) On the other hand, selepas tengok nota Sae-Jun Oppa saya rasa nota saya sangat fake. Sebab nota beliau sangat nampak macam beliau scribbled and sketched waktu beliau ada idea. Nota saya nampak macam saya telah menyusun dulu idea sebelum menulis ke atas buku. Sangat fake. Er memang fake pun. Kerana dibuat malam sebelum hendak disubmit.

Semalam, saya particularly liked my outfit. Ehei, sangat susah lah bukan nak tengok Farini berasa suka dengan pakaian sendiri. Er bukanlah maksudnya saya cerewet sampai semua baju pun tak suka. Lebih kepada saya tak ada perasaan terhadap baju tersebut. Tapi semalam sangat suka sebab pakai baju baru yang sangat comel dengan seluar slack hitam dan blazer hitam JPA. Blazer itu adalah kali kedua dipakai kot since we flew here for the first time. Lepas tu macam tak pernah pakai lagi. Tidak dalam ingatan saya. Dalam kocek kiri baju tersebut, ada boarding pass bertarikh 3 September. Rasa macam nak menangis as all the memories came rushing back.

Semalam juga macam sarat dan melimpah-ruah dengan kasih sayang sebab ke Dongyang. Don't take me wrong. Kodae pun ada kasih sayang yang cukuplah dari Moshitta dan Zatul. Tapi bila ke Dongyang, kasih sayang bertambah sangat banyak sampai tak cukup ruang nak taruk. Sampai tumpah-tumpah. Haha. Dayu kasi saya bunga yang beliau petik entah dari mana. Lion masakkan mi yang sedap. Had fun with Qila and Reen. Junior 83 jumpa saya lalu berkata, "Eeh, akak ni tak warna pink hari ni."(!) Padahal bilakah zamannya saya selalu berkaler pink entah.

Balik ke Kodae tersengguk-sengguk tidur dalam bas dalam perjalanan ke Gongdok Station. Gila kesian. Maklumla tidur cuma dua jam lebih malam sebelumnya.

Sekarang belum siap report. Belum siap design note. Semua kerja belum siap.

Assalamualaikum

2 comments:



idatazira said...

boleh percaya kamu memang selalu berkaler pink.
hoh hoh

Mardhiah S said...

haha akak pink. koolness.

p/s: Im back. tak sempat tgkp gambar sakura as promised lar ㅠㅠ