Sabtu yang Tak Macam Sabtu

Sabtu yang Tak Macam Sabtu

Assalamualaikum

Secara officialnya saya mengumumkan bahawa saya sedang mengumpul duit untuk kahwin. (Debuk! Kiki tolak Adini.) Tapi secara awal-awal dulu mengumumkan majlis kahwin saya tak akan sebesar mana. Cukuplah sekadar sempurna untuk melayan tetamu. Tak mahu berlebih atau syok sendiri. Haha. Ok. Jangan buat spekulasi. Majlis bertunang atau merisik belum pun berlangsung. Saya cuma kumpul duit lah.

Hari ini hari Sabtu. Saya bangun seawal jam 7.30 pagi. Sebab kena siapkan poster untuk exhibition di Hana Square. Jam 9 keluar rumah. Poster siap jam 2.30 petang. Dengan kelaparan pergi menanti Azrina sampai. Jam 4 sampai di rumah kot. Masak sikit. Makan banyak. Kemudian jam 5 keluar ke untuk tea. Saya, Azrina, Hanim, Dayah, Ahmad Fikri Mustafa, Mat Key dan Moshitta. Sekarang sedang terkial-kial update blog sebelum bergerak membuat Pro-E.

Hari ini saya found out kenapakah orang lelaki suka perempuan yang berkarier sebagai guru. Waktu sampai pagi tadi, Ha Tae-min buka cerita tentang blind-date beliau semalam. Ehem cerita lebih dalam macam bukan hak saya je untuk bagitahu. Somehow beliau sedang merungut tentang perkara tersebut. Tiba-tiba Duri Oppa tanya is it ok if his girlfriend join us. Saya kata saya would be grateful if she does sebab somehow being the only girl with three other guys in an underground room bothers me. So the girlfriend came.

Su-yeon Onni. A primary school teacher. And unlike certain orang yang memilih karier guru sebagai jalan terakhir kerana tak ada kerja lain, saya rasa she is certainly different. She likes kids. Macam sangat jaranglah bukan seorang cikgu rasa kanak-kanak comel. Biasanya cikgu akan rasa sakit hati dengan kanak-kanak yang nakal gila. Cikgu yang rasa kanak-kanak comel adalah macam cikgu dalam tv. Er ehem. Tapi beliau memang macam betul-betul keluar dari tv lah. Sangat lembut dan sangat sopan. And the one thing yang sangat jelas pada personaliti beliau yang menyebabkan saya nampak apakah yang menarik pada seorang guru is that she is attentive. Like when we are talking about something yang macam sangat boring dan sangat macam tak payah elaborate pun tak apa, beliau still akan encourage kami untuk tell more. Like benda tu macam sangat interesting. When Duri Oppa asked about which of the 2 ideas he gave is better, unlike me yang straight away give an answer of what i think is best, she praised both ideas first. Later on she gave her matured personal opinion on the matter. I told Tae-min that Duri Oppa must be very happy having a person like Su-Yeon Onni. Their other Dongari-mate also think she does look like a true teacher.

Er ok dah jam 7. Kalau nak siapkan drawing before tomorrow kena mula sekaranglah.

Assalamualaikum

1 comments:



Mardhiah S said...

the art of listening :)