Bukan Jejudo

Bukan Jejudo

Assalamualaikum


Remember gambar yang saya dan Moshitta dengan sakura beberapa entry lepas. Sekarang rimbunan pokok kering di sekeliling kami waktu itu telah bertukar jadi gambar di atas. Saya rasa combination pink dan hijau muda adalah sangat cantik. Sangat harap ada DSLR untuk snap gambar kombinasi warna tersebut.

Saya keluar dari kedua-dua kelas selepas exam dengan perasaan yang entah-tak-tahu-nak-kata-apa. Yang pasti saya dah jawab yang terbaik saya boleh buat dalam kedua-dua exam. Like I always do. Rasa sebal sebab apa yang dihafal secara tungkus-lumus ada beberapa saja yang keluar.

Dalam perjalanan pulang saya kata pada diri : 시간 낭비야. (it was a waste of time)

Diri kata pada saya : 시간 낭비 아니야. 노력한 만큼 받을 거니까. Insya ALLAH. (it's not a waste of time. because you'll get as much as you've worked hard for. Insya ALLAH)

Terkedu kejap. Where did that come from? Tapi bukan kah betul. Kadangkala apa yang kita study memanglah tak keluar, tapi bila dapat result, ok je. Plus, saya kena mengaku usaha saya tak adalah sebanyak classmates lain mungkin. Baik. Mari usaha lebih untuk subjek materials. Hai buku teks materials. Lama tak jumpa :D

Assalamualaikum

0 comments: