Heart-Thumping

Assalamualaikum

Selamat pagi yang cerah semua. Selepas sehari berhujanan semalam hari ini agak cerah. Saya sedang bersarapan dan baru lepas membaca blog Chika. Oh bayi berusia dua tahun memang menakutkan. Macam boleh patah. Buat pengetahuan anda, saya takut memegang kucing. Bukan takut kucing. Takut memegang kucing. Sebab kalau patah macam mana. Langsung berasa takut juga memegang bayi. Macam lah takut memegang Jidin. Walaupun Jidin dah berbulan-bulan.

Eh apakah jenis sarapan pada jam sebelas pagi? Bukan selalu bersarapan jam sebelas. Cuma hari ini bangun agak lewat. Um sebab tidur kurang nyenyak. Papa kata pada saya, kerja keras itu bagus. Sebab kita akan lebih berselera waktu makan. Dan lebih nyenyak tidur. Sekarang saya tak ada kerja keras. Kerja paling keras pun ialah memasak di dapur. Mungkin sebab itu saya kurang berselera waktu makan dan kurang nyenyak waktu tidur. Mungkin. Tapi saya rasa sebab terpaling besar ialah sebab saya berfikir sangat banyak. Malam tadi sindrom heart-thumping datang lagi. Macam dah tidur lalu terjaga sebab dengar bunyi jantung berdegup. Kan kelakar. Saya pun tak tau apa kaitan thinking dengan heart-thumping waktu tidur, tapi bila saya worry too much over something mesti malam itu heart-thumping datang. Hasilnya, tidur yang kurang selesa. Sigh. Harus cepat bekerja keras barulah tak ada worry pasal benda kecil mungkin.

Assalamualaikum

0 comments: