I'm Just Doing Fine

I'm Just Doing Fine

Assalamualaikum

A year ago I said, "이 세상 속에서 반복되는 슬픔 이젠 안녕." Now lets say tata to those sadness that's been coming again and again in life.
But up till now I'm not pretty much sure it has ever left me.

Don't ask.
For as much as I don't understand others, I don't understand myself either.

Coz you're a girl I'll never understand
Are you happy now?
I'm just doing fine.

Saya Sedih

Saya Sedih

Assalamualaikum

Farini sangat pandai nangis lah. Baru Kak Awin kata diorang nak pergi shopping baju raya, kasut raya airmata macam dah macam satu tempayan nak melimpah. Maka dengan segeranya pergi bilik Zatul dan berborak-borak sedikit meredakan hati. Tahun-tahun lepas dah meleleh-leleh air mata kesedihan sorang-sorang. Haih~

Tadi ke Itaewon. Cari barang nak masak lauk raya. Tapi kedai yang selalu jual hati dan pedal ayam tu dah tak ada jual lagi. Ada hati kambing je. Air mata kecewa macam nak mengalir lagi. Lagi-lagi lepas diorang tayang mama masak ketupat, lodeh, rendang, sambal goreng dengan udang berlada kat webcam tadi. Sangat nak nangis. Sangat mahu nangis. Er tapi kalau nangis sangat tak senior tahu? Senior mana nangis lagi menjelang raya. Senior kan ke dah lali dengan raya di perantauan. Junior kat language institue jek nangis tahu.

Hari ni melayan Britney Spears' Hit Me Baby One More Time dan Westlife's If I Let You Go. Er dah nak raya ni pasang lagu raya lah. Tak mahu. Nanti kalau saya nangis dengar lagu raya ada orangkah nak tolong pujuk dengan sekotak Krispy Kreme? Tak ada kan? Kalau tak ada jangan buat saya nangis lah. Lagu tersebut ialah lagu sepuluh tahun yang lampau. See. Sepuluh tahun macam kedengaran sangat lampau. Dan saya kembali teringat zaman sepuluh tahun yang lampau itu. Hahaha. Hahahahahahahahaha. Macam sangat muda remaja dan sangat foolish je tapi sangat perasan bijak. Zaman remaja memang langsung tak glorious lah sebenarnya. Bila kamu dewasa maka akan melihat zaman itu semacam zaman yang memalukan. Selain penuh kejahilan dan kelalaian. Astaghfirullah.

Farini sangat sombong. Tahukah? Saya semacam baru tahu kenyataan itu beberapa bulan lepas. Moshitta yang cakap dulu. Sebab saya kata kalau orang yang tidak dikenali datang mahu bersembang dengan saya, saya akan kuat kan volume ipod dan pura-pura tak dengar. Haha. Mak saya kata jangan cakap dengan orang yang tak dikenali lah. Mula-mula saya cuma fikir saya memang tak bercakap dan berkenalan dengan orang yang tak ada kaitan dengan saya. Saya tidak berjumpa dengan orang di tepi jalan dan berkata "Hai boleh berkenalan?". Saya tidak randomly add orang di Friendster dan menyapa mahu berkenalan. Even bila ada message2 yang mahu berkenalan saya pun tak ada membalas. That brought me back to the memoir of receiving tons of letters waktu gambar saya keluar di suratkhabar didik waktu di darjah 5 atau 6. Er satu pun tak ada balas tahu? Kamu kata saya bajet bagus kah? Suka hati. Saya memang malaslah berkenalan dan bersosial dengan orang. Ada seorang foreigner lain yang ambil dua kelas yang sama dengan saya semester ini. Dan dia buat dua attempt untuk berborak dengan saya. Dan saya made it clear saya memang malas bercakap dengan dia. Sombong? Er memanglah. Tapi the above statement cuma pada orang lelaki saja. Saya sangat ok dan sangat suka untuk bersosial dan berkenalan dengan orang perempuan. Mungkin sebab dah bosan asyik dikelilingi lelaki dalam kelas. Jadi jelak. Kawan dengan perempuan lebih seronok lah. Er dan saya sangat ok dengan orang yang ada kaitan dengan saya. Contoh ialah family, future family (ehem!) dan senior, batchmates dan junior. Kata saya sombong? Katalah apa kamu suka.

Ok. Sedih masih tak berapa hilang. Nak pergi tidur. Esok nak masak.

Till then.

Tag Chika

Tag Chika

Assalamualaikum

Pada banyak post yang lalu, saya ditag oleh 2 orang. Kiki dan Chika. Sebab cuma ada 20 minit before I need to ran off to Chemistry class, so here goes Chika's.
1. Name one person who made you laughed last night.
Zatul?

2. What were you doing at 0800?
This morning? Saya tengah dalam bilik air.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Berborak2 di YM.

4. What happened to you in 2006?
Er I first entered college as a freshman.
5. What was the last thing you said out loud?
Zaaaaatuuuuul!!! Dengan nada Adini.

6. How many beverages did you have today?
Tak ada buat masa ni. Puasa la wei.

7. What color is your hairbrush?
Purple.

8. What was the last thing you paid for?
Fotostat lecture notes. Duit blanje habis ke situ jek.

9. Where were you last night?
Coffee bean. Grabbing caramel latte.

10. What color is your front door?
Kelabu. Pintu itu pintu besi.
11. Where do you keep your change?
Atas meja bersepah-sepah. :p

12. What’s the weather like today?
Sangat lovely. Langit sangat biru dan clear there's almost no specks of clouds at all. Siryesly biru. Biru yang creamy biru. Macam kaler pastel. Er tapi windy dan sejuk.
13. What’s the best ice-cream flavor?
Not a fan of ice cream yang berlabel sgt. But if I have to choose, I'll take McDonalds' vanilla cone.

14. What excites you?
Kalau ada orang mau sponsor airfare saya balik Malaysia setiap cuti sepanjang pengajian. Wuwuwuwu.
15. Do you want to cut your hair?
No comment.

16. Are you over the age of 25?
No. I'm well below.

17. Do you talk a lot?
Not at all to strangers. But semenjak berada di universiti macam semakin kurang cakap. Sebab kelas sangat banyak dan saya ialah budak baik yang tidak bercakap dalam kelas.

18. Do you watch the O.C.?
Ya, 3 tahun lepas.

19. Do you know anyone named Steven?
Tidak.

20. Do you make up your own words?
Er haha. Even when I fancy to be one, face it, saya bukan seorang trendsetter.
21. Are you a jealous person?
Sangat. Tapi tak ada menunjuk di depan-depan. Sebab nanti macam kurang macho. Dan Hadi bakal membakar line dengan mengatakan saya takut saingan.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Ardini. Eh?
23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kiki. Eh lagi. Kenapakah macam tak berapa ada kawan yang bermula dengan huruf itu ye.

24. Who’s the first person on your received call list?
Moshitta, mungkin.
25. What does the last text message you received say?
Jangan tanya. Skrin cellphone saya sedang rosak sekarang tahu?

26. Do you chew on your straw?
Er ya. Haha. Mama dan semua orang dalam family sangat mengutuk habit saya itu.

27. Do you have curly hair?
No comment.

28. Where’s the next place you’re going to?
Kelas kimia.

29. Who’s the rudest person in your life?
Er tak ada kot. Even sometimes rude, tapi takda la rude sepanjang masa yang bleh menyebabkan orang tu dikategorikan rudest.
30. What was the last thing you ate?
Kimbab =p

31. Will you get married in the future?
Nae~

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Tak ada. Betul. Tak tipu.

33. Is there anyone you like right now?
Saya suka semua orang di keliling saya.

34. When was the last time you did the dishes?
Semalam.

35. Are you currently depressed?
Ya dengan timbunan homework. Huwargh~~

36. Did you cry today?
Up till now, belum lagi.
37. Why did you answer and post this?
Sebab Chika suruh. Ehe~
Ok, dah. Tata~

Kecewa

Kecewa

Assalamualaikum
Buat keropok lekor tak jadi.
Uh. Sudahlah.
Mari kembali ke dunia nyata dan mula menulis essay tentang Thomas Edison, Physics and Chemistry's Pre-Lab reports, Chemistry exercise dan Solid Mechanics assignment.
Saya ialah pelajar tahun 3 Mechanical Engineering, tahu?
Mana boleh main masak-masak sepanjang hari.

Kuih

Kuih

Assalamualaikum

Hari ni pagi-pagi lagi dah menggoogle kuih. Apalah punya tabiat asyik menggoogle makanan ketika berpuasa. Bukanlah. Saya mencari resepi kuih untuk dibuat time berbuka. Melompat dari satu blog resepi ke satu blog resepi. Rata-rata semuanya isteri orang yang berkongsi resepi yang dihidangkan kepada suami masing-masing. Suatu hari nanti saya mahu begitu juga..

Er macam tak percaya kan atas statement itu? Kerana saya semacam ada masa depan sebagai seorang wanita berkerjaya. Oh tidak. One very fine day, saya memang rasa sangat ingin duduk di rumah dan bermain pelbagai resepi sepanjang hari untuk dihidang pada suami dan anak-anak. Even sekarang pun saat homework menggunung tinggi saya masih mahu buat kuih. Tapi nanti saya mahu workstation aka kitchen yang sangat spacious lah macam kitchen mama. Dengan formica table, 2-doors fridge, various pans and pots for special purposes and a huuuge oven. Barulah heaven memasak.

Tapi saya sangat conscious terhadap masakan saya tahu. Kan dah dikata saya takut pada bahan kimia. Maka selalu risau kalau food saya contaminated by anything. Which means I'm going to have to hire a professional cleaner to clean my kitchen.

Oh. Sekian. Perlu buat homework atau kuih hari ini tinggal kenangan sahaja.
Oh ya tadi saya minta Moshitta beli periuk kukus. I already have a small oven and mesin putar2 tu. What next do I need for a kitchen ek?

Penat

Penat

Assalamualaikum

Hari ini kaki penat jalan sana sini. Badan sakit galas beg sana sini. Bukan sebab tak biasa. Tapi kejutan budaya. Lazim hari Jumaat saya melepak (melepek?) di rumah sampai jam 1.30p.m kemudian baru terhegeh-hegeh ke kelas Kimia. Hari ini bangun jam 8 lebih dan mandi secara laju lalu pergi menguruskan sesuatu. Er tak boleh cakap kuat2 lah hal ini. Ini hal rahsia.

Anyways, by the time saya sampai rumah selepas kelas Kimia tersebut, badan macam mahu terpecah-belah. Maka saya pun jatuh tertiarap di atas tilam sambil berfikir makanan berbuka. Er sangat penat dan saya fikir sangat mahu makan sedap pada hari ini sebab dah beberapa hari makanan buka macam tak ada berapa teratur. Semua sebab kelas Kimia. Kimia memang lebih menekankan dari Fizik. Tapi saya suka Kimia lah. Saya suka melukis bulat-bulat dan membuat persamaan Kimia. Tapi saya benci bahan Kimia. Dan hei, asbestos itu ialah karsinogen kuat yang menyebabkan lung cancer dan pelbagai cancer lain dalam jangkamasa panjang tahu? Kenapakah tak ada sesiapa yang ambil tindakan dan kenapakah siling di Malaysia ada yang masih berasbestos sebagai insulator. Kepada pemaju-pemaju saya tahu anda mahu untung. Tapi kalau 20 tahun yang akan datang anda semua disaman oleh pengguna-pengguna, waktu itu anda tahulah. Er tadi sedang cerita pasal makanan buka kan?

Er baiklah. Buka tadi. Dengan rajinnya saya masak ayam masak merah. Apa? Tak kedengaran macam rajin? Di tahap saya itu dikira rajin tahu. Sebab saya paling malas masak sesuatu yang kena goreng dahulu. Contohnya masak merah atau masak kicap. Sebab dua kali kerja dan dapur saya tidak sebesar dapur mama maka tak berapa ada ruang untuk mencampak semua benda yang ada. Ayam masak merah tersebut boleh dimakan. Tak boleh salahkan saya sebab saya berpuasa. Maka tidak merasa masakan. Cuma kurang kayu manis sebab saya tak jumpa kayu manis lah.

Well, ketika menggoreng ayam, teringat saya zaman masih tidak tahu masak. There's this one time waktu saya masak untuk tetamu, saya goreng ayam. Dan terlupa gaulkan ayam dengan garam sebelum menggoreng. Perkara tersebut kantoi di pengetahuan Moshitta sebab waktu itu dia sibuk ke depan ke dapur. Er dan dia setuju untuk tidak bagitahu orang lain. See. Baik hati kan. Mama selalu kata macam mana saya nak kasi Moshitta makan saya masak. Er tak apalah. Dia dah pernah rasa pelbagai masakan saya. Dari zaman saya satu apa pun tak tahu pasal masakan, sampai sekarang dah boleh menghidang makanan pada orang lain. Masam masin pahit tawar semua dia pernah rasa.

Ini ialah Ardini. Waktu ini beliau baru selepas menari gaya Geng Bas Sekolah. Lalu beraksi jatuh tergolek selepas di 'bebebeng' oleh pihak musuh. Mama sangat tak bagi Ardini bermain dengan pistol atau permainan budak lelaki. Kalau mama tahu saya telah mengajar Ardini membuat pistol mainan menggunakan lego, saya mungkin bakal dikejar oleh mama dengan parang keliling taman. Er~

Tahukah pada suatu hari, saya dan Kak Awin bawak Ardini ke Tesco. Sementara Kak Awin sibuk cari barang, saya mengajar Ardini nama sayur-sayuran. Tiba di suatu sayur, saya angkat sayur tersebut dan tanya pada Ardini, "Ni sayur apa?" Dan Ardini jawab, "Buncis." Saya sangat speechless sebab jawapan tersebut sangat tepat lalu melihat Ardini dengan penuh minat. Wah Ardini tahu kacang buncis. Di manakah belajar?
Ok dah penat tulis. Sekian =)

It's On

It's On

Assalamualaikum

See. Setelah masuk minggu ketiga barulah stabil nak bermain dengan blog. Malam tadi tak bangun sahur. Konon poyo lah membaca buku pelajaran sebelum tidur sampai jam 1. Bangun-bangun dh pukul 5. Huwwaaaa~~

Tahukah perasaan dileter di khalayak ramai macam tak berapa best. Ye betul itu salah saya. Saya pun semacam menyesal juga sikit. Er tapi macam mana pun saya akan struggle untuk habiskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sila doakan saya ok. Doakan kelas saya tak ada yang clash antara satu sama lain. Dan doakan semuanya boleh berjalan lancar. Mesti doa banyak-banyak tahu.

And please know I'm doing this for Mama and Papa =)

My Mom is Amazing

My Mom is Amazing

Assalamualaikum

Question for today :
Apakah kuih kaler hijau yang macam apam.
Atas dia putih ade topping kelapa parut.
Bentuk bulat ada bentuk bunga-bunga.


Jawapan Zatul : Entah. Kau nak buat ke?
Jawapan Kiki : Apam la.
Jawapan Alin : Alin pun suka kuih tu. Tapi tak tau nama apa. Tak payah tau. Tak pun google jek. Masukkan description kuih tu kat search.

Apakah? Kenapakah semua orang tak tahu kuih tu. Er tahu. Tapi tak pernah tau apa nama dia. Ehe~ See. We tend to take for granted apa yang ada di depan mata sepanjang masa. Tahukah?

As always, mama ialah penyelamat dengan memberi jawapan yang tepat. Kuih tersebut ialah Tiwul Ayu atau dikenali juga sebagai Puteri Ayu. My mom is amazing kan? Sila lihat gambar di bawah dari cookies-network.com yang dijumpai di google.


Ini ialah kuih yang saya maksudkan. Alkisah cerita bermula begini. Dalam kepenatan setelah terdesak bangun jam 7.40 untuk ke kelas Earth Resources and Environment tadi saya balik lalu tergolek tidur semula. Haha. Dan bermimpilah kuih ini. Er apakah punya perangai. Tidur siang hari ketika berpuasa lalu bermimpi makanan. Ahaha.

Maka dengan semangat membara bertanya semua orang apakah nama kuih tersebut. Er kemudian menggoogle resepi seperti biasa. Mama tanya saya adakah acuan. Er saya kata tak ada. Tapi tak apa. Nanti pergi cari. Tiba-tiba ketika membaca resepi terbaca perkataan Ovalette. Kalau tak silap eja lah. Er apakah Ovalette? Try tengok resepi lain pulak. Ada benda yang sama juga. Google perkataan Ovalette. Ovalette ialah emulsifier. Er macam mahu tersedak. Mana nak cari kat sini? Huwaaaa~~~ Nak kuiiihhhhh~~~~ Marilah masukkan kuih tersebut ke dalam senarai makanan untuk dimakan bila balik Malaysia. Makanan lain dalam senarai termasuklah Yong Tau Foo. Weh weh. Macam dah sangat lama sungguh cerita Yong Tau Foo tersebut.

Anyways kejap lagi ada kelas. Jalan kaki selama 15 minit untuk ke kelas memang menyihatkan. Semester ini macam akan kurus habis lah.

Where are all my hopes
Where are all my dreams
My Cinderella story scene
Entah kenapa saya suka verse itu.
Till then =)

Jauh Perjalanan

Jauh Perjalanan

Assalamualaikum

Sila tengok entry di bawah.
Memang begitulah ciri-ciri entry yang mana penulis entry kehilangan mood di tengah-tengah taipan.
Dengan takda tajuk.
Alignment tak buat.
Haha.

Makanan buka puasa hari tu sedap. Terima kasih kepada hosts at Inha and Jiji, Kelly and Diyana yang diimport khas dari HYU dan KU. Saya? Bukan tanak masaklah. Tapi sila tanya diorang. Dan dan nak kirai roti jala jek mesti tak jadi. Haha. Tak berapa berbakatlah. Gambar makanan boleh ditonton di blog Jiji. Tapi kalau pergi menonton blog Jiji ketika berpuasa macam boleh sedikit makruh. Gambar makanan tak beringat. Ceh. Waktu ini saya pingin tauhu sumbat. Wuwuwu~

Kaki sangat pandai sakit. Mula-mula pinggang. Jalan ke Hana Square macam nenek tua. Pegang pinggang, terhincut-hincut. Sampai je ke Hana Square satu kaki sakit. Walaupun tak berapa faham sangat kenapa sakit, layan jek la. Walaupun begitu masih menggagahkan diri ke HYU. Ambil kunci yang tertinggal. Er tahukah tadi tersalah naik bas. Wargghhhh. Dan ended up di mana tah. Terpaksa amek bas pusing jauh gile semata-mata nak ke Wangshimni. Oh tapi takpe. Saya suka berjalan jauh. Betul ni. Tak tipu.

Dulu waktu Tingkatan 1 atau 2, kalau kepala sarat dengan masalah dan memerlukan pemikiran yang clear, mesti saya capai basikal saya dan kayuh sejauh mungkin. Kalau bermasalah di sekolah, saya akan jalan kaki dari sekolah sampai rumah. Perbuatan yang sangat gagah lah di zaman remaja memandangkan Iman pun kalau suruh jalan kaki dari HS sampai rumah dia tak mahu. Apatah lagi dari TIGS sampai rumah. See. Dulu-dulu saya sangat gagah bukan. Sekarang je kaki manja.

Berjalan ke blog Akmar membaca luahan kasih sayang beliau kepada teman lelaki beliau. Saya senyum sendiri. Semacam dah lama saya tak ada perasaan sebegitu. Er bukan lah maksudnya saya sekarang tidak sayang orang di sekeliling saya. Maksud saya ialah semakin saya grow up semakin saya bersikap realistik terhadap kasih sayang. Mengatakan bahawa saya mengingati my constant companion sebelum dan sebaik bangun dari tidur adalah tipu semata. Menyatakan saya rindu kan beliau walaupun melihat beliau setiap hari juga adalah tipu. Mengguling-guling menyatakan setiap hari adalah indah dan bagaimana beliau telah mengubah hidup saya dan bagaimana beliau lain dari orang lain juga adalah semata-mata tipu belaka. Saya memilih untuk tidak memandang beliau sempurna, tapi saya memilih untuk memandang beliau seadanya. Dan menerima beliau seadanya adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuk beliau di samping mendoakan yang terbaik untuk beliau. He doesn't have to be perfect in everything for me to love him. See.

Sangat banyak kerja sebenarnya. Ada siapa-siapa boleh bagitahu saya bila kelas Sapyo saya kena hantar kertas vocab?

Anyways, till then =)

live from inha

Assalamualaikum

Is on Elly's bed typing away on Jiji's laptop listening to Diyana and Su's planning their winter vacation while Kelly smsing on her cellphone. In the kitchen, Jiji, Elly, Dira and Dayah was busy with cooking kuihs for breaking the fast. And there are still 4 hours before the sun sets.

Menu for today is roti jala and agar-agar buah. But I'm craving for twigim. Plix plox. Or lulut. Huweiii puasa-puasa nih banyak lak demand.

School is not fun. I wasted 3 credit hours over nothing. And came to know if I have to extend just one semester then my next winter semester would be a disaster. Gila kah 6 core major dalam satu semester??

Secara tibe-tibe takde mood nk sambung tulis. Nak pergi tengok diorg menjala roti.

Tata

1st Week of Semester

1st Week of Semester

Assalamualaikum

Macam semakin malas update kan? Bukan malas. Kerja sangat banyak. Often time minggu pertama jadi sangat horror sebab kena susun atur kelas. I did say I hate choosing kan? Choosing which classes to go to for the semester is part of it. Ditambah pulak dengan masalah abeek. Naik turun office tak payah cerita la. Ke sana ke mari. Stammering to plead for class change. For the 1st three days I found myself going out to school early and wander the Hana Square on my own because I can't seem to decide which class I should go to. Macam sangat loser bila dah buat plan ni, tapi dengar berita macam-macam maka tukar plan. Kalau lagi sekali saya kena tengok senarai subjek dan cuba membahagi subjek tersebut sama rata setiap semester, saya boleh muntah-muntah.

Tekanan tak payah cerita la. Often I feel like crying. Badan macam nak terpecah-belah yet there's no one to give a kindly hug. 5 years ago, I was just a stupid schoolgirl who loved to blab about my relationship problems and cry nonstop all night because of it like it's the only thing that matters. Now looking back, I realize how foolish I was at that time and how many things that matter much much much much more than just that.

When I was just a kid at the age of 6 or 7, I dreamed big. When I was a teenager at the age of 16 I said I want to be the extraordinaire. And now I am 22 and I have no idea if I can really be great. Sigh.