Of Respect

Assalamualaikum

Topik berat untuk diskusi hari ini. Di luar sedang hujan. Oh. Getting soaked while in socks and sneakers memanglah tidak cool tapi getting soaked while in stockings and ballet flats bukan sahaja tidak cool, malah cold. Oh serius sejuk. Mahu but hujan, but hujan.

Ok berbalik kepada topik diskusi. Respect. Atau dalam bahasa melayu hormat. Atau dalam bahasa Korea 존중. Sebenarnya ada banyak perkataan korea yang refer to respect. Tapi saya pilih 존중. Sebab saya suka.

Punca topik. Saya menonton Adamaya. Oh Lisa Surihani memang comel. Semua perempuan di luar sana tak payah makan hati cemburu kalau teman lelaki anda merupakan big fan Lisa Surihani. Anda kena belajar menerima kenyataan. Tapi Adam itu pula not to go down the drain for. Memanglah baik mungkin. Tapi tak adalah one in a million punya baik. Di mata saya macam cuma plain hero stuff. Ok ok. Adamaya. Haa.. dalam satu scene Adam kata pada Maya something along the line of "Saya ni suami awak. Kalau awak tak sayang saya pun, awak kena hormat saya." Tentu ramai penonton rasa memang patut Adam kata macam tu. He is after all the hero. And Maya pun as isteri memang lah patut hormat dan setia inside out kan? Tapi, mari berpijak di bumi nyata, easier said than done lah bukan.

Cuba menanamkan hormat kepada seseorang di atas dasar status seseorang itu memang bukan senang. Macam menyuruh budak darjah 1 hormat cikgu kerana cikgu ialah cikgu. Atau menyuruh junior hormat senior sebab senior ialah senior. Kita tak boleh menjamin rasa hormat itu bukan sekadar wujud on the surface. Padahal dalam hati memberontak.

Lain bila kita menghormati seseorang dengan ikhlas. Macam menghormati professor sebab beliau memang wise tentang hidup dan bukan sekadar bijak dalam bidang mereka. Atau menghormati pakcik kedai fotostat sebab beliau selalu melayan pelanggan dengan berhemah.

Walaupun memang Adam layak menyuruh Maya hormat beliau, I can understand if she finds it hard to do so. Respect bukan datang dengan button. Kalau tekan button automatik boleh hormat pada orang itu. If you want people to respect you, you have to do something respectful. And it will take times before people will start respecting you.

Er hari hujan memang sejuk. Tak mahu tulis banyak. See you next time. :D

Assalamualaikum

1 comments:



I. said...

therapist kt tpt aku intern dulu sgt benci dgn HO dept tu
tp dia slalu ckp kt aku
respect the title even if u dont respect them as a person
spy hidup ko smooth
kata org win-win ar
haha